Wahai pembaca yang dirahmati Allah sekalian, pasti semua tertanya-tanya mengapa saya katakan sifat lupa ini adalah satu keperluan bagi kita... topik ni saya kongsi daripada hasil pembacaan saya dalam buku yang bertajuk : U-TURN ke jalan lurus tulisan Zul Ramli M. Razali. (^_^) Jom saya kongsikan sebuah kisah ~~
Reza dikejarkan ke hospital. Tidak ada langsung tangisan yang kedengaran daripada kotak suara Reza. Semasa dalam perjalanan ke hospital, Reza memuntahkan semua susu yang diminumnya dalam ambulans. Beberapa jam masa diambil oleh doktor untuk menyelamatkan nyawa Reza di dalam dewan bedah. Kami menanti dengan pelbagai perasaan. Sedih, terkejut, suram, trauma dan bermacam-macam di fikiran. "Kami mintak maaf, mangsa tak dapat diselamatkan" kata doktor yang keluar dari dewan bedah. Reza dah takde. Menurut doktor lagi, hasil ujian x-ray tempurung kepalanya terbelah dua dan jika Reza hidup sekalipun, dia tidak akan menjadi seperti kanak-kanak normal. Tuhan saja yang tahu perasaan kami sekeluarga atas kepergian arwah ketika itu.
Cerita tersebut merupakan kisah benar yang kami sekeluarga alami. Sekarang sudah lebih kurang 14 tahun kejadian tu berlalu. Kenapa hari ini saya tidak lagi menangis.?? Dah hilang ke rasa sayang pada arwah Reza.?? Saya akan jawab ~ sudah pasti tidak. Sayang itu masih ada. Sebabnya ~ kerana saya seorang manusia yang mempunyai sifat LUPA. Saya sendiri pun tak dapat nak bayangkan andainya sifat lupa tu takde dlm diri seorang manusia. Kalaulah sampai sekarang ingatan atas kepergian Reza masih segar, ditambah pulak dengan masalah2 lain yang timbul, pasti saya tak mampu nak hadapinya. Pasti jugak diri saya tak tahan nak menanggung segala masalah yang datang.
Atas sebab itulah manusia dibekalkan dengan sifat LUPA dan kita sangat memerlukan sifat ini. Tetapi,.................... jangan selalu buat-buat lupa. Jangan pulak kita lupa untuk mengingatkan hati kita apabila terlupa. (0_0)
"Sesungguhnya Kami kembalikan ke dalam neraka Jahanam nanti ramai daripada golongan manusia dan jin, mereka mempunyai hati tetapi tidak faham dengannya, punya telinga tetapi tidak mendengar dengannya, punya mata tetapi tidak melihat dengannya. Mereka seperti binatang ternak bahkan lebih hina." (Al-A'raf : 179)
No comments:
Post a Comment