Pages

Ni teman sy Cik hams.., korg bg la mkn kt die ek..huhu.. klik je kt dlm ni ^_^

Wednesday, November 16, 2011

Aurat ~ diTUTUP @ diBUNGKUS

Bismillahirahmanirahim...

        Straight-to-the-point jela ye..huhuhu.., skang ni klau kite tngok bukan nk kata semua la tp kebanyakkan wanita2 di luar sana kurang mengerti kot bagaimana yang dikatakan dengan MENUTUP aurat.. Saya juga seorang wanita dan mungkin kadang2 saya pun ade terlepas pandang tentang penjagaan aurat saya. Kiranya entry kali ni saya share untuk muhasabah diri kita bersama la ye sekali gus mengingatkan jugak kepada diri saya sendiri (^_^)


Ni nak cerita..., orang sekarang banyak yang pakai tudung tp baju ketat, seluar ketat, tudung pun pendek, ade plak tu, baju dah ok longgar tp jarang pulak... dah.., cmne tuh.??? jom kite renung2kan dalil ni~~


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)


...menutup seluruh tubuh bermaksud menutup dengan kain @ pakaian yang longgar sehingga tidak menampakkan susuk tubuh... jom hayati dalil ni pulak~~


Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka[Surah An-Nur (24):31]. 


...menutup kain tudung ke dada bermaksud melabuhkan tudung bagi menutup bahagian dada. Jom kita bace cerita kat bawah ni~~~

--------------------------------------------------


Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat? Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.

Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mne ko tau?
Ahmad:
Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.
Aisyah:
Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit?
Ahmad:
Alaaa lg sng. Byk la.
Aisyah:
Ha? Cmne ko tau ni?
Ahmad:
Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah:
Pandainye ko ni.
Ahmad
: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.
Aisyah:
Ceh. Malas la soal.

Situasi 2:

Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lg.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lg la salah.
Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mne aku nk tau. Malas la jwb.

Maka pilihlah TUTUP. :-)

2 comments:

Anonymous said...

terima kasih atas entry yg begitu besar mknanya.

ety_iman said...

sama2.., masing2 berkongsi ilmu yg patut dikongsikan ^_^ moga sama2 dpt manfaat dariNya...