Pages

Ni teman sy Cik hams.., korg bg la mkn kt die ek..huhu.. klik je kt dlm ni ^_^

Tuesday, April 19, 2011

Gadis Seksi utk Siswa.!!

MasyaAllah.., ape nak jadi dunia skang ni.., 
Tadi aq terbace satu berita kat metro, tajuk die "Gadis Seksi Untuk Siswa".., beberapa pengusaha pusat hiburan di Melaka didapati bertindak melampau bagi menarik pengunjung di kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) apabila menyediakan program khusus untuk golongan itu dinamakan ‘parti pakaian seragam kolej.’
Penganjur menyediakan lebih 50 gadis seksi kepada pengunjung lelaki sebagai daya tarikan. Malah, mereka juga turut menyediakan persembahan tarian seksi dan pertunjukan pentas oleh kumpulan muzik.
Perkara ni diketahui pihak Majlis Bandaraya Melaka apabila pihaknya menerima aduan berdasarkan kain rentang yg mempromosikan aktiviti berkenaan. Subhanallah,,, dah semakin berani mereka2 ni, siap ade kain rentang lagi tu. 
Apa yg jadi isunye kat sini adalah penganjur seolah-olah sengaje nak menarik golongan muda (siswa) utk sertai parti berkenaan dengan menggunakan perkataan 'kolej' pada kain rentang yang mereka pasang.
BUKTI ~ Kain rentang yang dipasang pihak penganjur utk tarik perhatian pelajar IPT.
Sudut renungan ~ Dari Anas bin Malik ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda. “Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya penzinaan, banyaknya orang yang minum khamr, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki.” (HR Bukhari)

Bertudung @ berfesyen..???

Alhamdulillah.., sekarang kita dpt lihat banyak wanita yg telah menutup aurat, sekurang-kurangnya bertudung.
Dapat kita lihat jgk, wanita sudah mula bertudung di sana sini.
Pelbagai fesyen dan jenis tudung di pasaran. Tudung ekin, tudung bawal, tudung sarung, tudung ina, tudung siti malah tudung mawi pn ade,,, mawi yg x pakai tudung pn dpt name.., J
Namun,, isu yg sebenarnye, adakah menutup aurat itu hanya sekadar bertudung.?? Adakah cukup rasa kehambaan diri kepada Yang Maha Esa itu hanya dengan bertudung.??
Cuba kita tengok, betul ke cara menutup aurat seperti gambar kt bawah ni..
Bertudung tp menampakkan susuk tubuh (X)

Rase2 anda., betul ke cmni cara bertudung.?? 

Ataupun cmni anda rasa sudah mnutup aurat.??


Kalau yg ni plak.?? 
Nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini.
Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.
Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung.
Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.
 Sabda Nabi saw kpd Asma’ binti Abu Bakar:
Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 

Firman Allah swt:
Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka[TMQ An-Nur (24):31]. 

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Wallahu a'lam.. ~ety_iman

There was an error in this gadget