Pages

Ni teman sy Cik hams.., korg bg la mkn kt die ek..huhu.. klik je kt dlm ni ^_^

Wednesday, June 13, 2012

sifat LUPA satu keperluan

Bismillahirahmanirahim...

Wahai pembaca yang dirahmati Allah sekalian, pasti semua tertanya-tanya mengapa saya katakan sifat lupa ini adalah satu keperluan bagi kita... topik ni saya kongsi daripada hasil pembacaan saya dalam buku yang bertajuk : U-TURN ke jalan lurus tulisan Zul Ramli M. Razali. (^_^) Jom saya kongsikan sebuah kisah ~~


Suatu ketika dulu, sekitar tahun 1998 terjadinya satu insiden yang mana telah meragut nyawa seorang anak kecil berusia 6 bulan bernama Tengku Mohd Reza. Arwah merupakan anak saudara saya sendiri. Pada ketika itu, kami sekeluarga sedang bercuti di Melaka. Kejadian berlaku di Bandar Hilir, Melaka apabila arwah dihempap sebatang dahan pokok jati semasa atas dukungan tok wannya iaitu emak saya. "Ya Allah...!!!" orang ramai menjerit. Sesuatu yang berlaku hanya dalam sekelip mata. Emak turut terduduk akibat menahan beban dahan pokok tersebut. Dahan tu betul-betul menghempap kepala si kecil sehingga terkeluar makanan yang sedang dimakan ketika itu.

Reza dikejarkan ke hospital. Tidak ada langsung tangisan yang kedengaran daripada kotak suara Reza. Semasa dalam perjalanan ke hospital, Reza memuntahkan semua susu yang diminumnya dalam ambulans. Beberapa jam masa diambil oleh doktor untuk menyelamatkan nyawa Reza di dalam dewan bedah. Kami menanti dengan pelbagai perasaan. Sedih, terkejut, suram, trauma dan bermacam-macam di fikiran. "Kami mintak maaf, mangsa tak dapat diselamatkan" kata doktor yang keluar dari dewan bedah. Reza dah takde. Menurut doktor lagi, hasil ujian x-ray tempurung kepalanya terbelah dua dan jika Reza hidup sekalipun, dia tidak akan menjadi seperti kanak-kanak normal. Tuhan saja yang tahu perasaan kami sekeluarga atas kepergian arwah ketika itu.

Cerita tersebut merupakan kisah benar yang kami sekeluarga alami. Sekarang sudah lebih kurang 14 tahun kejadian tu berlalu. Kenapa hari ini saya tidak lagi menangis.?? Dah hilang ke rasa sayang pada arwah Reza.?? Saya akan jawab ~ sudah pasti tidak. Sayang itu masih ada. Sebabnya ~ kerana saya seorang manusia yang mempunyai sifat LUPA. Saya sendiri pun tak dapat nak bayangkan andainya sifat lupa tu takde dlm diri seorang manusia. Kalaulah sampai sekarang ingatan atas kepergian Reza masih segar, ditambah pulak dengan masalah2 lain yang timbul, pasti saya tak mampu nak hadapinya. Pasti jugak diri saya tak tahan nak menanggung segala masalah yang datang.

Atas sebab itulah manusia dibekalkan dengan sifat LUPA dan kita sangat memerlukan sifat ini. Tetapi,.................... jangan selalu buat-buat lupa. Jangan pulak kita lupa untuk mengingatkan hati kita apabila terlupa. (0_0)

"Sesungguhnya Kami kembalikan ke dalam neraka Jahanam nanti ramai daripada golongan manusia dan jin, mereka mempunyai hati tetapi tidak faham dengannya, punya telinga tetapi tidak mendengar dengannya, punya mata tetapi tidak melihat dengannya. Mereka seperti binatang ternak bahkan lebih hina." (Al-A'raf : 179)

Wednesday, November 16, 2011

Aurat ~ diTUTUP @ diBUNGKUS

Bismillahirahmanirahim...

        Straight-to-the-point jela ye..huhuhu.., skang ni klau kite tngok bukan nk kata semua la tp kebanyakkan wanita2 di luar sana kurang mengerti kot bagaimana yang dikatakan dengan MENUTUP aurat.. Saya juga seorang wanita dan mungkin kadang2 saya pun ade terlepas pandang tentang penjagaan aurat saya. Kiranya entry kali ni saya share untuk muhasabah diri kita bersama la ye sekali gus mengingatkan jugak kepada diri saya sendiri (^_^)


Ni nak cerita..., orang sekarang banyak yang pakai tudung tp baju ketat, seluar ketat, tudung pun pendek, ade plak tu, baju dah ok longgar tp jarang pulak... dah.., cmne tuh.??? jom kite renung2kan dalil ni~~


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)


...menutup seluruh tubuh bermaksud menutup dengan kain @ pakaian yang longgar sehingga tidak menampakkan susuk tubuh... jom hayati dalil ni pulak~~


Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka[Surah An-Nur (24):31]. 


...menutup kain tudung ke dada bermaksud melabuhkan tudung bagi menutup bahagian dada. Jom kita bace cerita kat bawah ni~~~

--------------------------------------------------


Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat? Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.

Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mne ko tau?
Ahmad:
Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.
Aisyah:
Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit?
Ahmad:
Alaaa lg sng. Byk la.
Aisyah:
Ha? Cmne ko tau ni?
Ahmad:
Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah:
Pandainye ko ni.
Ahmad
: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.
Aisyah:
Ceh. Malas la soal.

Situasi 2:

Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lg.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lg la salah.
Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mne aku nk tau. Malas la jwb.

Maka pilihlah TUTUP. :-)

Tuesday, November 8, 2011

UBS Accounting System

Assalamualaikum...
Jumaat ni saya ada exam UBS Accounting System.. So, doakan saya dapat jawab dengan baik ye =) sekarang masa untuk buat revision & try to answer n solve the question..huhuhu.., wish me luck k.., love u all bebeh ^_^