Pages

Ni teman sy Cik hams.., korg bg la mkn kt die ek..huhu.. klik je kt dlm ni ^_^

Saturday, February 12, 2011

Sambut Valentine's Day ~ HARAM..!!

Bismillahirahmanirahim..

Sempena bulan Februari ni, saya nk cite pasal Hari Kekasih @ Valentine's Day.. Ape hukum menyambutnye.?? kalau kite tngok, memang ramai lagi umat Islam yang sambut hari kekasih, seolah-olah mereka anggap hari tu adalah hari paling bahagia bila mana dapat luahkan perasaan pada kekasih hati, bagi hadiah istimewa, buat surprise party, dating & macam2 lagi la.. Sekarang kita tengok ape hukumnye ye..


       Ada fatwa yang telah mengHARAMkan sambutan hari kekasih. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. 
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.


       Majlis Fatwa bukan saja2 keluarkan kenyataan yang sebegitu. Kalau anda semua nak tahu, berikut adalah bukti2 Hari Valentine masih merupakan upacara ritual keagamaan umat Kristian :


  1. Di dalam laman web Spiritrestoration.org : The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di bawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa : “Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.” Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.
  2. Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.
  3. Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’. Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja.
  4. Nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, seperti : 
  • St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania
  • St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois
  • St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania
  • St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich
  • St. Valentine Church di Buffalo, New York
Nah.. sudah terang lagi bersuluh. Memang tidak ada istilah Hari Kekasih mahupun Valentine's Day dalam Islam. Pernah ke kita dengar nama masjid valentine.?? Ade ke nama tokoh2 agama Islam nama valentine.?? Xde kn.., 

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta dipertanggungjawabkan." ~ Al-Isra' : 36
 Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi umat Kristian berdasarkan asal-usul kemunculannya yang dipenuhi dengan unsur-unsur ritual keagamaan.
Apabila perayaan itu berunsurkan keagamaan, bergabung dengan mereka bermakna mengakui agama mereka dan meredhai kekufuran yang ada pada mereka. Maka para ulama berpendapat, bahawa umat Islam tidak boleh bergabung dalam perayaan orang-orang kafir.
Senario menyambut Hari Kekasih yang berlaku di kalangan muda-mudi Islam juga merupakan antara faktor yang menyumbang kepada pergaulan bebas. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu apa yang lebih membimbangkan bukanlah setakat berutus-utus kad ucapan dan hadiah, atau meraikannya di kelab-kelab disko, tetapi dibimbangi muda-mudi ini sampai ke tahap menghadiahkan kehormatan diri demi membuktikan kecintaan dan kesetiaan.

Maka,,kepada sahabat2, teman2 mahupun saudara2 seagamaku, jika kita sayangkan agama kita, jauhilah segala yang dilarang dan dekatilah apa yang dituntut agama kita,. Jadi, renung2kan & selamat beramal =)

~ety_iman~

2 comments:

Perh Hafiz said...

wau..tahniah2...kengkawan ak ramai dah ada blog..huhuhu

ety_iman said...

huhuhu..,nme pn zman tknologi =)
btw,,blog ko ttp senpoi..hehe